Sale!

⁠Tafsir Surah Al-Ghasyiyah, Al-A’laa, Al-Tariq

Original price was: RM50.00.Current price is: RM45.00.

Surah Al-Ghashiyah: Menggambarkan perihal Hari Kiamat, keadaan manusia ketika Hari Akhirat serta gambaran neraka dan syurga. Ayat-ayat ini memberi penjelasan dan huraian yang sangat mudah difahami untuk direnungi bersama. Kalimah-kalimah dipilih untuk diterangkan dari sudut maksud sebenar dan konteks yang dimaksudkan oleh Allah SWT terhadap ayat-ayat itu.

Surah Al-A’la: Memberi tumpuan tentang kebesaran Allah, ciptaan Allah, dan keutamaan ajaran Islam kepada manusia. Surah ini menguatkan lagi keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Tuan Guru sering menjelaskan bagaimana amalan Islam itu dilaksanakan dengan betul. Penjelasan yang mudah difahami oleh semua peringkat pembaca membantu menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Surah Al-Tariq: Menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah dengan menggambarkan kebesaran Allah melalui ciptaan alam semesta, cakerawala, dan angkasa raya. Penjelasan Tuan Guru membantu kita menelusuri baris-baris ayat di dalam surah ini untuk kita semakin jelas tujuan dan matlamat kita hidup di dunia ini sebagai hamba Allah.

Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Beliau menekankan bahawa ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan tiada pemisahan antara urusan dunia dan akhirat. Islam menuntut kita menguruskan kehidupan dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah, menggabungkan ibadah dan muamalah dalam kehidupan seharian.

-
+

Specs

Categories: ,

Description

Buku tafsir ini menukilkan huraian terperinci dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tiga surah penting, iaitu:

  • Surah Al-Ghashiyah
  • Surah Al-A’la
  • Surah Al-Tariq

Additional information

Weight 0.50 kg